hujan rintik pada petang yang mendung membasahi baju-baju yang telah dijemur di ampaian rumah ku namun aku masih lagi leka menonton televisyen yang sedang memaparkan rancangan kegemaran ku. kedengaran teriakan ibu ku dari tingkat atas.
" fikri, kamu dah angkat kain belum?"
" hah! dah hujan ke?" jawab aku dari tingkat bawah rumah dua tingkat ku.
" dah hujan dah la! kenapa kamu tak angkat kain, mak dah pesan tadi kan?"
" sekejap, fikri nak angkat kain lah ni!" dengan segera, aku tidak mengendahkan kata-kata kemarahan ibu ku. aku terus membuka pintu hadapan rumah ku lalu mengangkat kain yang hampir basah sepenuhnya dan diletakkan di dalam raga yang disediakan di bilik belakang rumah aku untuk dikeringkan dengan mesin pengering kain yang baru di beli oleh ibu ku lebih kurang sebulan lepas. kedengaran leteran ibu ku dari atas masih lagi tidak berhenti. adik ku yang sebentar tadi sedang nyenyak tidur, turut terjaga dan menangis sekuatnya. tangisan adik ku yang berumur dalam lingkungan dua tahun telah menyebabkan ibu ku turun ke tingkat bawah untuk memujuknya. aku yang baru sahaja keluar dari bilik belakang, menyedari bunyi tapak kaki ibu ku yang sedang turun dari tangga lalu menyembunyikan diri di belakang pintu bilik belakang.